Tuesday, September 21, 2010


Add ImageAbah.. Mak...

kami sayang kamu berdua... tersangat sayang....

terima kasih kerana membesarkan kami...

kami susah... kami sedih... kami terjatuh... kamu berdua sentiasa ada...

tidak pernah lupa akan tanggungjawab kamu.. terima kasih..


Mohd Yussof B Alwi...

jatuh bangun kamu adalah untuk kami...

susah senang kamu untuk membesarkan kami...

titik peluh kamu membawa beras untuk kami...

terima kasih abah....

kami sayang kamu...


Sharifah Bte Ismail...

bgn kamu diawal pagi mendodoikan kami...

kepenatan kamu sepanjang hari menguruskan kami...

masakan kamu darah daging kami...

asuhan kamu mematangkan kami...

terima kasih mak....

kami cintakan mak...

semoga kamu berdua dipanjangkan umur...

semoga kamu berdua dianugerahkan kesihatan berterusan..

semoga kamu berdua bangga ada anak seperti kami...

ya Allah...

rahmatilah mereka...

sayangilah mereka...

panjangkanlah umur mereka....

ya Rahman....

berilah mereka kesenangan...

berikanlah mereka kesejahteraan...

berikanlah mereka kebahagiaan...

ya Rahim....

lindungilah mereka daripada segala malapetaka...

kurniakan lah mereka perjalanan hidup yang dirahmati...

permudahkanlah urusan mereka didunia mahupun diakhirat kelak...

amin~

2 comments:

  1. Alhamdulillah.. mereka b'2 bjaya mbesarkn anak2 mereka.. terima kasih kerana telah mbesarkn anak yg baik ini..

    ReplyDelete